Tokoh: Helen Elizabeth Read
Umur: 53
Syarikat: Ms.Read & DELIcious Cafe
“Ketika saya masih muda, saya kerap membeli pakaian di Butik Esprit. Tetapi tahun demi tahun, fesyen yang ditawarkan oleh Esprit menjadi fesyen yang terlalu muda untuk dipakai oleh wanita dalam golongan umur saya. Jadi agak sukar bagi saya untuk mencari baju yang bersesuaian tetapi masih mengekalkan ciri-ciri moden. Apabila dikaji, bukan hanya saya mengalami masalah ini malah ramai wanita di luar sana mengalami masalah yang sama terutamanya yang memiliki bentuk badan yang agak besar”. Begitulah kenyataan Pengarah Urusan gedung pakaian ternama, Ms.Read apabila ditanya bagaimana beliau terlintas untuk menjadikan fesyen wanita berbadan gempal sebagai perniagaan yang berjaya.
Ms.Read mula dilancarkan pada bulan Mac 1997 di Jaya Jusco, One Utama, Petaling Jaya. Bermula dengan memasarkan pakaian rasmi pekerjaan seperti Blazer, Seluar dan Kemeja, Ms Read kini juga terkenal dengan kepelbagaian jenis pakaian bagi mereka yang gemarkan berfesyen tetapi memiliki badan yang gempal dan sukar untuk mencari saiz. Ini kerana, Ms Read menyediakan pakaian dari saiz 11 sehinggalah 24. Kini Ms.Read kini dibuka di 16 lokasi di sekitar Lembah Klang, Penang, Sabah, Sarawak dan Johor. Malah produknya sudah mula dipasarkan di luar negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Singapura.
Bercerita mengenai pembukaan awal perniagaan ini, Helen Read mengakui tetap merasa bimbang sekiranya hasil idea dan usahanya ini tidak berjaya. Tetapi, apabila mengenangkan dia telahpun menggaji 60 orang pekerja di kilangnya, dia mengetepikan rasa bimbang tersebut nak nekad menjayakan perniagaanya ini bagi memastikan kesemua pekerjanya terus mempunyai pekerjaan dan pendapatan.berkat kecekalannya, beliau bukan sahaja memiliki jenama Ms.Read ini malah pada tahun 2004, beliau berjaya melancarkan kafe miliknya yang diberi nama DELIcious juga di One Utama, Petaling jaya. Kafe kedua dibuka 10 bulan kemudian di bangsar dan diikuti 11 kafe yang lain. Kafe DELIcious milik Helen Read ini terkenal dengan suasananya yang selesa, romantic dan makanannya yang lazat.
Dunia perniagaan pasti ada saingannya. Selepas beberapa tahun melancarkan Ms.Read, Helen menghadapi persaingan yang sengit terutamanya dari Taiwan dan China. Tanpa berputus asa, Helen mengkaji pelbagai jenis fabrik terbaik dunia dan sehingga kini, kualiti pakaian Ms Read terjaga dengan menggunakna fabrik terbaik dari Eropah. Menurut Helen, “saya memulakan perniagaan ini hanya dengan memasang impian dan langsung tiada pengalaman. Tetapi semangat yang tinggi untuk menjayakannya menjadikan impian saya satu kenyataan”.
Oleh itu, tidak hairanlah Helen kini bukan sahaja seorang yang komited dengan perniagaannya malah seorang yang banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menjadi Kaunselor bagi Kementerian Pembangunan Manusia dan terlibat di dalam Program Kebajikan Penjara Kajang. Pernah dianugerahkan Usahawan Muda 2002, Helen Read telah melancarkan Program “Privilege To Care” (PTC) bagi menggalakkan masyarakat berjaya menjadi usahawan dan dalam masa yang sama memberi sumbangan kembali kepada masyarakat.
Sumber:
Assalam, saya ingin bertanya, di manakah anda mendapat tahu tentang tarikh lahirnya?
ReplyDeleteSaya kini sedang membuat sebuah report tentang Helen Read dan saya tidak dapar mencari matlumat mengenai tarikh lahirnya...
Bolehkah anda memberi saya tarikh lahir Helen Read?