Sunday 4 December 2011

Datin Paduka Siti Sa’adiah Binti Bakir


Tokoh: Datin Paduka Siti Sa’adiah Binti Bakir
Umur: 53
Syarikat: KPJ Healthcare Berhad (Kumpulan Perubatan Johor)


Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir adalah Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) sejak 1 Mac 1993. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1974 dan memegang MBA daripada Henley Management College, Universiti Reading, London. Beliau memulakan kerjaya dengan Johor Corporation (Jcorp) pada tahun 1974 dan terlibat secara langsung dalam bahagian penjagaan kesihatan di Jcorp pada tahun 1978. Pada tahun 1989, Datin Paduka Siti Sa’adiah telah dilantik menjadi Ketua Eksekutif Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd (KPJSB).

Kini, Datin Paduka memegang jawatan Pengerusi bagi pelbagai hospital dan syarikat-syarikat dalam Kumpulan KPJ serta MIT  Insurance Brokers Sdn Bhd.  Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat Kulim (Malaysia) Bhd, KFC Holdings (Malaysia) Bhd, QSR Brands Bhd dan Damansara REIT  Sdn Bhd. Selain itu, Datin Paduka juga merupakan Pengarah Waqaf An-Nur Corporation Bhd, sebuah pertubuhan  bukan kerajaan (NGO)yang khusus untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Datin Paduka  juga merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bagi Bursa Malaysia yang dilantik sejak tahun 2004.
Komited dengan pendiriannya yang ingin menggalakkan kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan, Datin Paduka dilantik menjadi presiden Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MQSH) pada tahun 1997 sehingga kini. Beliau juga merupakan ahli Majlis Produktiviti Malaysia (MPC), Panel Perundingan Penjaagan Kesihatan dan Anggota Keselamatan Pesakit Kebangsaan Kementerian Kesihatan sejak tahun 2003. Pada tahun 2009, datin Padula dilantik pula menjadi Ahli Majlis Pelancongan Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah MATRADE pada tahun 2010, beliau kemudiannnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi syarikat The News Straits Times Press dan American Express.

Wanita yang dikenali seorang yang komited dalam kerjayanya ini turut menyeimbangi kehidupannya melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga. Di masa lapang, Datin Paduka gemar berenang dan menonton filem-filem fikyen perubatan. Peminat aktor, Hugh Grant dan aktress , Julia Robert ini biasanya akan ke luar negara untuk melawat anak dan cucu-cucunya yang kini menetap di Ireland. Antara negara-negara yang suka dilawatinya adalah Turki, Sepanyol, Korea dan China. Amat menitikberatkan pendidikan anak-anak, sejak dari zaman mudanya Datin Paduka akan membawa pulang kerja pejabatnya ke rumah sambil memantau pembelajaran anak-anaknya. Malah anak-anaknya dihantar ke sekolah cina bagi memahirkan diri berbahasa mandarin. Disebabkan itulah, Datin Paduka percaya, wanita sebenarnya dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai kekuatan dalaman yang kuat bagi menyimbangi tanggungjawab pada kerjaya dan keluarga. Berpegang kepada prinsip itulah, Datin Paduka Siti Sa’adiah hari ini, bukan sahaja merupakan usahawan yang berjaya malah seornag isteri dan ibu yang dikagumi.

Sumber:  

No comments:

Post a Comment